SMK LEMBAH SUBANG

SMK LEMBAH SUBANG
JALAN PJU 1A/4, 47301 KELANA JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Thursday, December 3, 2009

PELAJAR PERALIHAN DAN TINGKATAN 1

SELAMAT DATANG KE SMK LEMBAH SUBANG.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS UNTUK SESI 2010.

Tuesday, August 11, 2009

SATU MALAYSIA

Ucapan pengetua

Pelancaran Minggu Kemerdekaan

Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Pn. Ashimah binti Ahmad. Sempena bulan kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pelajar-pelajar.



Gambar panorama sempena minggu kemerdekaan.

Tuesday, July 28, 2009

Aerobikton 2009


Kemuncak Aerobikton diadakan pada 25/7/2009 di padang sekolah. Aktiviti bersenam ini mendapat sambutan yang hangat dari semua warga SMKLS termasuklah ibu bapa. Aerobikton 2009 telah berjaya mengumpul dana melebihi RM 30,000. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Friday, July 17, 2009

Jasamu dalam Kenangan

Jasamu dalam Kenangan

Tn. Hj A.Talib Ismail bertugas sebagai PK 1 di SMK Bandar Damansara 4. Selamat bertugas di tempat baru.

Wednesday, June 24, 2009

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL






Minggu Teknik dan Vokasional dilancarkan oleh Penolong Kanan HEM, En Ganapathy Bass. Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu ini. Tema pada tahun ini ialah Minda Aktif Pelajar Inovatif.

Lagu Sekolah

Pegawai Pentadbir Sekolah



Pn. Ashimah Ahmad bersama dengan Pn.Hjh Napsiah, Pegawai Pelajaran PPD Petaling Utama semasa perasmian Hari Anugerah Cemerlang.

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2009

SMKLS telah mengadakan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan dengan kerjasama Unit Kurikulum dan Kokurikulum pada 27 / 2/ 2009 hingga 6 / 3 / 2009 .
Program ini dijalankan selama 1 minggu bersempena Minggu Antidadah peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk membantu dan membimbing pelajar meningkatkan sahsiah diri. Selain itu , program ini diadakan untuk membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani . Antara program yang dijalankan ialah Program Bina Insan , Pertandingan Melukis Poster bertemakan “ Masyarakat Madani Tanpa Dadah ” , Kuiz Harian dan Menggantungkan poster

SESI DIALOG BERSAMA IBU BAPA DAN HARI PENYERAHAN BUKU KEMAJUAN PELAJAR 2008

Pada 3 Januari 2009 , SMKLS telah mengadakan Program Sesi bersama ibu bapa dan Hari penyerahan Buku Kemajuan pelajar 2008 pada pukul 8.00 pagi . Program ini memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa dan guru – guru untuk berbincang tentang masalah pembelajaran pelajar .

Tuesday, June 23, 2009

Latarbelakang

SMK Lembah Subang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 660 pelajar dan 50 tenaga pelajar. Pengetua SMK Lembah Subang ialah Puan Ashimah Ahmad.