SMK LEMBAH SUBANG

SMK LEMBAH SUBANG
JALAN PJU 1A/4, 47301 KELANA JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Wednesday, June 24, 2009

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL






Minggu Teknik dan Vokasional dilancarkan oleh Penolong Kanan HEM, En Ganapathy Bass. Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena minggu ini. Tema pada tahun ini ialah Minda Aktif Pelajar Inovatif.

Lagu Sekolah

Pegawai Pentadbir Sekolah



Pn. Ashimah Ahmad bersama dengan Pn.Hjh Napsiah, Pegawai Pelajaran PPD Petaling Utama semasa perasmian Hari Anugerah Cemerlang.

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2009

SMKLS telah mengadakan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan dengan kerjasama Unit Kurikulum dan Kokurikulum pada 27 / 2/ 2009 hingga 6 / 3 / 2009 .
Program ini dijalankan selama 1 minggu bersempena Minggu Antidadah peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk membantu dan membimbing pelajar meningkatkan sahsiah diri. Selain itu , program ini diadakan untuk membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani . Antara program yang dijalankan ialah Program Bina Insan , Pertandingan Melukis Poster bertemakan “ Masyarakat Madani Tanpa Dadah ” , Kuiz Harian dan Menggantungkan poster

SESI DIALOG BERSAMA IBU BAPA DAN HARI PENYERAHAN BUKU KEMAJUAN PELAJAR 2008

Pada 3 Januari 2009 , SMKLS telah mengadakan Program Sesi bersama ibu bapa dan Hari penyerahan Buku Kemajuan pelajar 2008 pada pukul 8.00 pagi . Program ini memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa dan guru – guru untuk berbincang tentang masalah pembelajaran pelajar .

Tuesday, June 23, 2009

Latarbelakang

SMK Lembah Subang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 660 pelajar dan 50 tenaga pelajar. Pengetua SMK Lembah Subang ialah Puan Ashimah Ahmad.